Tugas 2 - Perbedaan VGA + DVI Port Di Mobo



Perbandingan DVI dan VGA

DVI (Digital Visual Interface) dan VGA (Video Graphicas Array) adalah berfungsi untuk menghasilkan paparan video pada monitor komputer. VGA telah dilancarkan terlebih dahulu pada 1987 oleh IBM, manakala DVI iaitu terknologi yang lebih terkini telah diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Digital Display Working Group. Perubahan kepada teknologi DVI adalah untuk meningkatkan kualiti paparan pada flat panel LCD dan graphics card yang terkini.
Bagi memudahkan pemahaman, DVI dan VGA ialah penghubung motherboard ke monitor bagi menghasilkan paparan. Sebenarnya terdapat banyak lagi connectors yang lain, tetapi DVI dan VGA lebih banyak diperkatakan dan diguna pada masa ini. Di bawah ini saya tunjukkan contoh-contoh gambar DVI dan VGA:



DVI Connector
- DVI biasanya digunakan untuk Flat LCD Monitor atau Projektor LCD / DLP.
- DVI menghantar isyarat digital.



VGA / SVGA Connector
- VGA biasanya digunakan untuk CRT monitor atau Projektor LCD / DLP.
- VGA menghantar isyarat analog (red, green, blue, horizontal sync, vertical sync).




Port VGA hanyalah mempunyai 1 standard  (15 pin, 3 baris), manakala port DVI mempunyai beberapa standard contohnya seperti di bawah:





Jenis-Jenis Penyambungan DVI:

DVI-D
  • a) ke isyarat digital sahaja (monitor LCD)
  • b) penghantaran data lebih pantas dan kualiti paparan paling berkualiti
DVI-A
  • a) ke isyarat analog sahaja (monitor CRT / HDTV)
  • b) kualiti paparan kurang kerana penukaran isyarat digital ke analog
DVI-I
  • a) integrated (boleh digital ke digital, atau analog ke analog)
  • b) tidak perlu risau sekiranya tersalah cable
 sumber:http://sufian.info



 

0 Response to "Tugas 2 - Perbedaan VGA + DVI Port Di Mobo"

Posting Komentar